fbpx

Nad Zainal kembali ‘direhatkan’, oksigen merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARU-paru Nad Zainal masih belum kuat untuk bernafas sendiri.

PETALING JAYA – Mula menunjukkan perkembangan positif apabila sudah sedarkan diri dan mampu memegang telefon, pelakon Nad Zainal kembali diintubasi kerana keadaan paru-parunya masih belum kuat.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri rakan artis, pelakon Ungku Ismail yang menziarahinya di hospital pada petang semalam.

“Nad Zainal kena ‘intubate’ semula. Hal ini kerana paru-parunya belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri walaupun dengan penggunaan high flow oxygen mask di unit rawatan rapi (ICU),” katanya.

Ketika ini, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, masih dirawat di ICU Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.

Dalam pada itu, Ungku berkata, meskipun Nad kembali direhatkan namun kesihatannya menunjukkan perkembangan positif selepas hampir dua minggu dimasukkan ke hospital.

Bagaimanapun, Ungku, 36, memaklumkan tahap oksigen dalam darah Nad merosot selepas pihak hospital menanggalkan mesin alat penafasan yang disambungkan kepada pelakon itu.

“Disebabkan paras oksigen merosot, pihak hospital mengambil langkah meletakkan Nad dalam keadaan rehat supaya pernafasan lebih terjaga.

“Semalam (Jumaat) dia sudah sedar. Bagaimanapun oksigen mula merosot pada sebelah malam selepas dia tidak lagi direhatkan,” jelasnya.

Terdahulu pada 22 November, media melaporkan pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah.

Demi meringankan beban kewangan ditanggung Nad, satu tabung kecemasan ditubuhkan sejak empat hari lalu untuk membantu kos perubatan dramatis hebat itu dan kini hampir mencecah kutipan sebanyak RM70,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI