fbpx

Kedai kopi sediakan ganja di Amsterdam mungkin ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedai-kedai kopi yang menyediakan ganja kepada pelanggannya mungkin ditutup di Amsterdam. - Foto AFP/ANP/GettyImages

AMSTERDAM – Pihak kota raya Amsterdam mempertimbangkan sama ada mahu menutup bar lebih awal termasuk kedai kopi yang menyediakan ganja kepada pelanggan pada hujung minggu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Ibu negara Belanda itu dikenali kerana ‘Daerah Lampu Merah’ yang menempatkan pelacur dan kedai kopi ganja bagi menarik kehadiran pelancong asing ke Amsterdam.

Bagaimanapun, berikutan kelakuan ganas sebilangan pelancong itu, peraturan baru bagi mengekang perbuatan tersebut sedang dipertimbangkan oleh pihak pentadbiran bandar raya Amsterdam.

Kini, ibu kota Belanda itu mahu mengubah reputasinya dan mahu menjadi terkenal kerana aspek budaya dan pemandangan cantik berbanding khidmat seks, dadah dan me­nunggang basikal.

Penganjuran pesta pada hujung minggu menyebabkan kegusaran penduduk tempatan dan pelancong Britain pula dianggap berkelakuan antara paling buruk ketika berada di Amsterdam.

Rancangan pelaksanaan peraturan baru itu diumumkan Rabu lalu dengan kempen diadakan  untuk menggalakkan pelancong asing menjauhkan diri daripada kelakuan ganas pada hujung minggu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI