fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat di Perak, Selangor hingga awal petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) susulan jangkaan hujan lebat serta angin kencang yang melanda beberapa daerah sekitar Perak dan Selangor ketika ini.

Keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga ke awal petang nanti.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dilaporkan berlaku di negeri Perak melibatkan daerah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Sementara itu, cuaca buruk sama turut melanda negeri Selangor yang tertumpu di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

Tambahnya, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.

“Amaran berkenaan adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR