fbpx
BIDOGLIO yang membantu JDT menjuarai Piala Malaysia hujung minggu lalu bertukar jawatan menjadi pengarah teknikal kelab itu.

TMJ umum nama jurulatih baharu JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Ketika kempen Liga Malaysia (Liga M) yang baru melabuhkan tirainya ­ming­gu­ lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah mula membuat persediaan bagi musim depan de­ngan mengumumkan kehadiran jurulatih baharu, Estaban Solari.

Kehadiran Solari yang akan menggantikan Hector Bidoglio itu diumumkan sendiri oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman rasmi Johor Southern Tigers (JST) kelmarin.

Tunku Ismail memberitahu, pertukaran itu menyaksikan Bidoglio dilantik sebagai Pengarah Teknikal JDT, manakala Alistair Edwards pula dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab.

Jelas Tunku Mahkota Johor itu, beliau telah lama mengikuti perkembangan karier Solari secara dekat dan sudah mengenali­nya sejak beberapa tahun yang lalu.

“Beliau sekarang berada dalam pasukan Bawah 23 tahun Argentina bersama Javier Mascherano dan juga sudah ditawarkan ke River Plate dan juga ke pasukan pembangunan Barcelona.

“Tetapi, saya dapat yakinkan beliau untuk bersama sama de­ngan saya, untuk teruskan pembentukan dan projek bola sepak JDT.

“Jurulatih itu ialah Esteban Solari, adik kepada Santiago Solari yang berada di Real Madrid, beliau akan ambil tugas selaku ketua jurulatih kelab bola sepak JDT dengan skuad utama,” katanya.

Kemasukan Solari itu dijangka mampu memberi nafas baharu buat JDT dan meneruskan pe­nguasaan mereka dalam kempen Liga M musim depan.

Dalam wawancara yang disiarkan secara langsung itu, Tunku Ismail memberitahu, JDT bakal membawa masuk seorang pe­nyerang dari Brazil selain bakal menandatangani dua pemain dari Sepanyol yang bakal mengisi posisi pemain tengah menyerang dan pertahanan kiri.

Tambahnya, kelab itu hanya akan menandatangani seorang pemain tempatan yang akan menyertai pasukan.
Jelas pemilik kelab JDT itu, pasukannya juga akan meminjamkan beberapa pemain senior ke pasukan lain pada musim hadapan.

POPULAR