fbpx

Sesi sekolah baharu kekal bulan Mac atau Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sesi persekolahan 2023 akan bermula pada Mac. - Gambar hiasan

Sesi persekolahan baharu kali ini nampaknya agak canggung apabila akan bermula pada bulan Mac 2023.

Ramai sebenarnya pada awalnya tidak sedar apabila anak-anak mereka meminta untuk dibelikan baju dan beg sekolah baharu apabila sekolah dibuka bulan Januari depan.

Sebenarnya selepas buka sekolah pada Januari 2023 iaitu setelah cuti sekolah selama tiga minggu bermula 10 Disember 2022, murid-murid masih kekal dalam darjah yang sama seperti 2022.

Pada 21 Mac 2023 barulah sesi persekolahan 2023 bermula, dan ketika itu anak-anak kita akan naik darjah atau tingkatan baharu.

Berikutan takwim baharu ini nampaknya cuti sekolah selama 23 hari pada 26 Februari 2023 hingga 20 Mac adalah waktu sesuai untuk membeli kelengkapan ‘Back to School’.

Sabar dulu adik-adik, simpan niat hendak beli baju baharu, Januari ini masih perlu pakai baju sekolah lama.

Memang rasa janggal, penulis percaya ramai ibu bapa ada yang tidak tahu, sebab itu juga peperiksaan akhir tahun yang biasa diadakan pada bulan Oktober atau awal November akan diadakan pada Januari 2023.

Seronoknya ada masa tiga minggu anak-anak nak ulangkaji pelajaran ketika cuti sekolah ini.

Semua perkara rasa janggal, takwim persekolahan ini berlaku disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara dua tahun lalu.

Disebabkan kerap kali sesi persekolahan bersemuka ditangguhkan dan digantikan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak 2020.

Betul-betul sesi persekolahan bersemuka diadakan pada Mac lalu yang menyebabkan takwim sekolah beralih daripada kebiasaan.

Persoalan sekarang adakah sesi persekolahan baharu akan kekal selamanya pada bulan Mac atau pihak Kementerian Pendidikan sekarang sedang berhempas pulas memikirkan cara sesi akan habis bulan November dan cuti akhir tahun pada Disember.

Penyelesaian isu ini bukan mudah apabila jika sesi persekolahan balik asal akan membuatkan hari pembelajaran tidak cukup tiga bulan.

Tiga bulan lama juga, melainkan cuti sekolah pada 2023 dipendekkan bagi mencukupkan hari belajar. Itu memerlukan pengorbanan besar para guru jika cuti sekolah jadi sikit.

Rasanya sesi persekolahan baharu pada bulan 3 perlu dinormalisasikan, awal-awal janggal, lama-lama mungkin jadi biasa.

Kita tunggu sahaja Menteri Pendidikan baharu nanti, banyak tugas besar menanti beliau.

Selain tugas besar untuk memperbetulkan sesi persekolahan baharu akibat pandemik, tugas lain isu kelas yang padat sehingga hampir 60 orang kelas.

Ramai guru mahu sekurang-kurangnya 25 orang sekelas bagi atasi masalah keciciran pelajar akibat PdPR.

Menteri Pendidikan perpaduan diharapkan dapat membetulkan segala yang rapuh sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI