fbpx

Sepanyol rampas kokain 5.6 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang diedarkan pada 30 November lalu menunjukkan timbunan 'bata' kokain yang dirampas dalam satu serbuan di pelabuhan Valencia, Sepanyol. -- AFP

MADRID – Polis Sepanyol menyatakan kelmarin bahawa pihaknya telah merampas kokain seberat 5.6 tan dan bernilai lebih 340 juta (RM1.5 bilion) di pelabuhan Valencia sekali gus rampasan dadah terbesar di negara itu dalam tempoh empat tahun.

“Polis menemui dadah itu semasa menggeledah sebuah kontena mencurigakan yang tiba di pelabuhan Valencia dari rantau Amerika Selatan,” kata kementerian dalam negeri melalui satu kenyataan.

Gambar dikongsikan oleh kementerian berkenaan menunjukkan timbunan bongkah kokain yang tertera perkataan ‘rey’ (raja) padanya.

Pihak berkuasa memulakan siasatan yang membawa kepada rampasan itu dalam tahun 2021 selepas curiga geng-geng penjenayah mengambil peluang kelulusan import buah-buahan dan sayuran untuk membawa masuk  dadah ke Sepanyol.

Seorang jurucakap polis di Valencia berkata, siasatan kes itu diteruskan, namun belum ada sebarang tangkapan setakat ini. 

Pihak berkuasa tiada menyatakan bila serbuan itu dilakukan atau dari negara mana kapal kontena itu belayar.

Pengumuman rampasan dadah itu dibuat dua hari selepas Polis Eropah (Europol) berkata, pihak berkuasa di enam  negara termasuk Sepanyol telah membanteras  penyeludup-penyeludup dadah tergolong sebagai ‘kartel super’ yang menguasai satu pertiga perdagangan kokain di Eropah.

Polis Sepanyol memberitahu, seramai 13 orang telah diberkas di negara itu sebagai sebahagian daripada operasi bersama Europol.

Kartel tersebut akan membawa kokain dari Panama ke Sepanyol melalui pelabuhan Algeciras, Barcelona dan Valencia di rantau Mediterranean dan mengubah wang haram yang dijana oleh mereka dengan membeli hartanah di pantai selatan Sepanyol. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI