fbpx

Mehran Samah ditembak di kepala rai bola sepak Iran kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAMAK dilaporkan telah ditembak oleh pihak berkuasa Iran. - ISNA

TEHERAN – Seorang lelaki dibunuh oleh pasukan keselamatan di utara Iran semasa sambutan awam oleh penunjuk perasaan antikerajaan ekoran kekalahan pasukan bola sepak negara berkenaan kepada pasukan  Amerika Syarikat (AS), lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Kumpulan hak asasi manusia Iran (IHR) yang berpangkalan di Norway berkata, lelaki bernama Mehran Samah ditembak di kepala oleh anggota keselamatan ketika dia meraikan kekalahan itu di Bandar Anzali malam Selasa lalu.

IHR berkata, pihaknya mengesahkan maklumat kejadian itu daripada ‘beberapa sumber bebas’.

“Namanya ialah #MehranSamak. Dia ditembak di kepala oleh pasukan keselamatan negara ketika keluar meraikan kekalahan negara Republik Islam (Iran) dalam Piala Dunia 2022 di Bandar Anzali seperti penduduk lain di seluruh negara.

“Dia baru berusia 27 tahun,” kata IHR kelmarin.

Pada awalnya, IHR dan beberapa kumpulan aktivis lain melaporkan bahawa pihak berkuasa telah memegang jenazah Samak dan enggan menyerahkannya kepada keluarga mangsa.

IHR kemudian berkongsi video memaparkan orang ramai berkumpul di luar Pertubuhan Perubatan Forensik untuk menuntut jenazah mangsa dikembalikan kepada keluarganya.

Kemudian kelmarin,  saluran berita IranWire berkongsi video memaparkan orang ramai menghadiri majlis pengebumian Samak di Bandar Anzali sambil melaungkan slogan ‘mati kepada diktator’.

Polis Iran bagaimanapun menafikan bahawa Samak dibunuh oleh pihak berkuasa, selain mengumumkan penahanan beberapa suspek, lapor agensi berita Tasmin kelmarin.

“Susulan perlawanan bola sepak antara pasukan kebangsaan kami dan AS, beberapa perusuh telah berkumpul di Cheraq Bargh, Anzali dan mayat seorang lelaki, sekitar 30 tahun ditemui. 

“Berdasarkan bukti sedia ada, dia telah ditembak oleh senapang memburu,” kata ketua polis Bandar Anzali,  Kolonel Jafar Javanmardi seperti dilaporkan Tasnim.

Javanmardi turut menafikan bahawa Samak telah ditembak di kepala oleh pihak berkuasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI