fbpx

Wanita menyerupai lelaki kini kesalahan syariah di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)(Terengganu) 2001 diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahari Mamat berkata, pindaan enakmen bagi memperkukuhkan lagi perundangan syariah di negeri itu akan mula dilaksanakan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Empat seksyen baharu diwujudkan dalam enakmen itu melibatkan kesalahan perbomohan dan sihir, hamil atau melahirkan anak luar nikah, perempuan berlagak seperti lelaki (pengkid) dan persediaan melakukan liwat.

“Kesemua kesalahan itu boleh dikenakan hukuman maksimum iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan,” katanya pada sidang akhbar selepas Sidang DUN Terengganu di sini hari ini.

Satiful Bahari menjelaskan satu unit khas ditubuhkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi memantau perkhidmatan rawatan alternatif di negeri ini.

Tambah beliau, ia bertujuan agar rawatan ditawarkan tidak bercanggah dengan hukum syarak.

“Begitu juga dengan hukuman perempuan berlagak seperti lelaki, ia diwujudkan kerana trendnya agak membimbangkan sejak akhir-akhir ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI