fbpx

Piala AFF: Pemain bukan mesin kerja tanpa cuti – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail

PETALING JAYA – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertahankan keputusan 11 pemain Harimau Selatan yang menolak tawaran untuk mewakili skuad kebangsaan pada kempen Piala AFF 2022 kali ini.

Menurut Tunku Ismail, kejohanan Piala AFF tiada dalam kalendar antarabangsa FIFA selain barisan pemain skuad utama JDT berhak membuat keputusan tersebut selepas bekerja keras sejak Januari tahun ini.

“Pemain tidak menolak buta-buta. Mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila kewakili skuad kebangsaan ketika aksi kalendar FIFA.

“Namun, mereka juga manusia yang menjalani latihan dan bekerja sejak Januari dan manusia mana yang bekerja tanpa sebarang cuti.

“Malah, Piala AFF adalah kejohanan yang mengacau saingan lain kerana pemain sepatutnya melaporkan diri pada awal Januari sedangan Piala AFF berakhir pada 15 Januari dan bila mereka boleh cuti.

“Satu tahun main bola tanpa berhenti dan cuti hanya enam hari? Mereka bukanlah mesin,” kata Tunku Mahkota Johor dalam satu muat turun di Instagram peribadinya hari ini.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail jugak mengkritik sikap individu yang ‘kemaruk’ Piala AFF dan dianggap sebagai mengambil kesempatan semata-mata.

“Semua butakan kejayaan dan tiada sikap kemanusiaan. Itu pasal (bola sepak Malaysia) tak kemana.

“Mereka yang terkejar Piala AFF yang tiada dalam kalendar FIFA ini hanya populis untuk meminta simpati orang ramai kerana mahu naikkan imej peribadi yang dah tidak relevan dalam industri bola sepak tanah air,” katanya.

Sebagai rekod, hanya dua pemain JDT iaitu Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah yang berada dalam senarai 28 pemain skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon untuk mengharungi kempen Piala AFF 2022 yang akan membuka tirai rasmi pada 20 Disember depan.

Sementara itu, tonggak penting JDT seperti Arif Aiman Hanapi, Matthew Davies, Shahrul Saad dan Natxo Insa antara yang menolak tawaran atas urusan peribadi. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI