fbpx

MNRB didik murid asas kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rizal (kanan) menyerahkan replika cek kepada Misri (tiga dari kiri) sambil disaksikan Naib Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PNB, Datuk Mohd. Nizam Zainordin (tiga dari kanan) di SK Chuah, Port Dickson semalam.

PORT DICKSON – Pengendali takaful, MNRB Holdings Berhad (MNRB) menganjurkan program MNRB Bijak Menabung dalam usaha mendedahkan murid sekolah mengenai pengurusan wang yang bijak.

MNRB berkata, menerusi program itu, para murid didedahkan dengan permainan dinamakan ‘MNRB Ringgit Smart Squad’.

Permainan itu dijalankan secara berkumpulan yang mana peserta perlu bekerjasama untuk menjawab soalan dan membuat keputusan berkaitan ta­biat perbelanjaan harian serta kepentingan menyimpan wang.

“Program ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab korporat MNRB bagi memberi dorongan kepada murid-murid menanam budaya suka menabung sejak usia muda.

“Pelbagai aktiviti berkaitan aspek pengurusan wang disediakan di bawah program ini sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2022,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut kenyataan itu, bersempena MSAM 2022 dan sebagai tanda sokongan kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB), syarikat tersebut mengambil inisiatif menyumbang unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kepada semua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chuah di sini.

Sumbangan itu bagi mengga­lakkan dan memupuk budaya menyimpan wang sejak di bangku­ sekolah rendah lagi.

“Di samping itu, MNRB melalui anak syarikat, Takaful Ikhlas Family Berhad turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM16,200.00 untuk menaik taraf surau dan pusat sumber sekolah.

“Ia merupakan sumbangan daripada dana IKHLAS Barakah House bertujuan untuk menjana pembangunan dan kelestarian masyarakat yang positif,” ujar­nya.

Sumbangan itu disampaikan Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Strategik Kumpulan MNRB, Rizal Mohd. Zin kepada Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Misri Mistama.

MSAM 2022 berlangsung selama seminggu bermula 24 November lalu sehingga semalam bertempat di Pantai 1 di sini.

MSAM 2022 menyediakan pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan dan pameran yang di­sertai 50 pempamer terdiri daripada syarikat Kumpulan PNB, ejen-ejen ASNB, badan kawal selia serta agensi kerajaan negeri.

Pengunjung berpeluang me­rebut pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM1 juta untuk dimenangi sepanjang MSAM 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI