fbpx

Menangi Toyota Cross sempena Minggu Saham Amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zulqarnain Onn (tengah) bergambar bersama 11 syarikat kumpulan PNB yang bertindak sebagai Rakan Korporat MSAM 2022.

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyasarkan lebih 150,000 pengunjung sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2022 (MSAM 2022) yang akan diadakan pada 24 hingga 30 November ini.

Program tersebut akan diadakan di kawasan lapang Pantai Batu 1, Port Dickson, selepas dua tahun berlangsung secara digital.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, MSAM kembali dengan mengekalkan tumpuan kepada pendidikan pelaburan yang disampaikan secara interaktif dan infotainment.

“Ia bertujuan mendidik dan memperkasakan rakyat Malaysia dengan ilmu tentang pelaburan dan perancangan kewangan.

“Selain itu pelbagai aktiviti berteraskan pendidikan pelaburan bersepadu yang interaktif, menghiburkan dan menarik untuk rakyat Malaysia dari semua peringkat umur turut disediakan,” katanya.

Dengan tema Melestarikan Pelaburan Ke Arah Masa Hadapan Mampan, MSAM 2022 kali ini membawa selari dengan aspirasi PNB menyokong penciptaan nilai mampan jangka panjang sejak mula penubuhannya.

“Program dan tema ini mencerminkan mandat yang diberikan kepada PNB untuk meningkatkan kekayaan bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap di majlis khas, Jalinan Rakan Korporat MSAM 2022, bagi memperkenalkan 11 syarikat Kumpulan PNB yang bertindak sebagai Rakan Korporat MSAM 2022.

Pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM1 juta telah disediakan untuk pengunjung.

Antara hadiah utama yang disediakan adalah sebuah kereta elektrik Hyundai Kona Electric Lite bernilai lebih RM156,000, sebuah kereta elektrik Toyota Corolla Cross Hybrid Electric bernilai hampir RM140,000 dan sebuah Perodua Alza 1.5 AV berharga RM75,500.

Selain itu sebuah motosikal Yamaha MT-25 berharga RM21,500 dan enam buah motosikal Yamaha 135 LC FI serta pelbagai hadiah menarik termasuk barangan elektrik turut disediakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI