fbpx

Tonton live MSAM di FB, menang iPhone 14, e-Voucher RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minggu Saham Amanah Malaysia 2023 turut menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi oleh peserta menerusi platform digital.

KEPALA BATAS – Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 merupakan Karnival Literasi Kewangan Terbesar anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Orang ramai juga boleh mengikuti MSAM kali ini secara dalam talian menerusi platform Facebook dan YouTube selain acara fizikal yang berlangsung di Setia Fontaines, Bertam antara 30 September dan 8 Oktober ini.

Pengunjung MSAM 2023 secara maya berpeluang memenangi hadiah menarik e-Voucher Shopee bernilai RM20,000 dengan menonton siaran live Minggu Saham Amanah Malaysia yang bermula pukul 12 tengah hari, setiap hari.

Pelbagai program menarik ditampilkan baik untuk golongan belia, dewasa, usahawan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mahupun kanak-kanak.

Pada masa sama, penonton berpeluang memenangi iPhone 14 dengan menyertai Live Trivia bersama PNB di Facebook Minggu Saham Amanah Malaysia selama 30 minit, bermula pukul 1 tengah hari, setiap hari dari 1 hingga 7 Oktober 2023.

e-Voucher Shopee antara hadiah yang menanti pengunjung Minggu Saham Amanah Malaysia 2023 menerusi platform digital.

Siaran Live Minggu Saham Amanah Malaysia menampilkan pelbagai program menarik bagi semua lapisan umur, antaranya Projek Lokal bersama Sime Darby Plantation, inisiatif yang memberikan impak kepada lokal komuniti dengan pengenalan mekanisasi, digitalisasi dan  automasi dalam industri peladangan.

Selain itu, terdapat Program Pembiayaan Perniagan bersama Maybank Islamik yang menawarkan perkongsian dan promosi tentang program pembiayaan perniagaan islamik; dan e-Green Living bersama S P Setia yang memberi fokus kepada kepentingan inisiatif hijau dalam komuniti.

Manakala program khas untuk kanak-kanak pula ialah seperti Upin & Ipin: Rajin Menyimpan, Bijak Belanja yang dijadualkan berlangsung pada pukul 2.30 petang Sabtu.

Selari dengan matlamat utama Minggu Saham Amanah Malaysia, program Live juga mengetengahkan literasi kewangan dan elemen STEM (Science, Technology, Engineering dan Mathematics).

Soalan Live Trivia bersama PNB memerlukan peserta memiliki sedikit pengetahuan kewangan yang boleh didapati daripada pelbagai segmen program yang dianjurkan.

MSAM 2023 yang bertema ‘Bijak Melabur, Santai Berhibur’ turut menyajikan orang ramai dengan hiburan daripada artis-artis tempatan seperti Marsha Milan, Aweera, Nabila Razali, Ezad Lazim, Naqiu, Iman Troye dan ramai lagi di Konsert Labur Ria di Khemah Utama di Setia Fontaines.

Konsert Labur Ria juga boleh ditonton secara langsung menerusi laman Facebook dan YouTube Minggu Saham Amanah Malaysia.

Maklumat lanjut dan jadual program Minggu Saham Amanah Malaysia 2023 boleh didapati di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI