fbpx

Menjerit beri komen, Sheila Rusly dikecam biadab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TULAR video memaparkan aksi Sheila Rusly yang dianggap biadab apabila menjerit ketika memberi komen kepada seorang peserta dalam rancangan Dapur Tempur.

GARA-GARA potongan ayam tidak sekata selain masakan terlalu lama, seorang peserta sebuah program masakan menerima komen pedas daripada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly.

Orang kuat JS Pictures itu menjadi juri tetap bagi program yang dinamakan Dapur Tempur siaran sebuah stesen televisyen.

Menjadi bualan apabila aktres berusia 51 tahun itu menjerit dalam nada pekikan ketika memberi komen kepada peserta itu.

Perbuatan tersebut sekali gus mengundang kecaman netizen yang melabel Sheila sebagai biadab, tidak profesional dan beremosi.

“Ini apa, ini apa, ini apa? Keras sangat!” komen Sheila dengan nada jeritan sambil menolak ketulan ayam di atas pinggan sambil tersenyum sinis.

Maka kata netizen, kredibilitinya juga boleh dipertikaikan kerana dia bukan cef profesional.

Terkejut tengok gelagat Sheila sebab agak panjang juga jeritannya itu.

Tetapi apabila difikirkan balik mungkin semua ini gimik untuk mendapatkan rating tinggi.

Mungkin pelakon yang sudah bergelar nenek itu bukan sengaja bersikap kasar, cuma berlakon buat-buat garang. Iyalah, jadi juri kan. Betul ke tidak?

MIZZ LAHAR: Mereka dah lama rancang, kita saja yang lalai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI