fbpx

Lelaki ditemukan maut dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebatang paip telah disambungkan dari bahagian ekzos ke dalam kereta mangsa. - FOTO IHSAN POLIS

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa, dipercayai membunuh diri di dalam keretanya yang diletakkan di hadapan sebuah kedai cuci kereta di Jalan 7A/62A Bandar Manjalara, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat berkenaan sekitar pukul 3.17 petang.

“Pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan mangsa yang berusia 56 tahun itu telah meninggal dunia dalam keadaan terlentang di bahagian kerusi hadapan kereta.

“Siasatan mendapati sebatang paip telah disambungkan dari bahagian ekzos ke dalam kereta tersebut dan enjin kereta dalam keadaan hidup.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kesan kecederaan ditemukan pada badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati punca kematian adalah disebabkan bunuh diri.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti sebab kematian.

“Sehubungan itu, isteri mangsa, 49, yang tinggal berhampiran tempat kejadian telah dipanggil untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Pada masa sama, polis Sentul menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI