fbpx

Jangan beri cenderahati kepada saya -PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak memberi cenderahati kepadanya.

Tegas Ahli Parlimen Tambun itu, budaya tersebut perlu dihentikan kerana ia tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan kepimpinan.

“Saya hargai niat baik saudara saudari semua tetapi ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta ia membebankan rakyat,” katanya di laman Facebook.

Sebelum ini, Perdana Menteri turut menolak untuk menggunakan sebuah kereta jenis Mercedes S600 yang disediakan untuk kegunaannya.

Kenderaan itu telah dibeli dan diperoleh oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki Pejabat Perdana Menteri.

Jelas Anwar, langkah tersebut diambil kerana beliau tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atasnya.

“Saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI