fbpx

Rugi RM2 juta 20 kereta mewah rosak ditimpa bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bumbung tiga buah kedai menjual kereta terpakai runtuh berikutan angin kencang dan hujan lebat di Jalan Skudai, Kampung Pasir, Tampoi, Johor Bahru disini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Lebih 20 buah kenderaan rosak akibat dihempap bumbung yang runtuh berikutan angin kencang dan hujan lebat di Jalan Skudai, Kampung Pasir, Tampoi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu melibatkan bumbung tiga buah kedai menjual kereta terpakai.

Seorang pekerja, Bohari Ahmad, 49, berkata, ketika kejadian dia bersama lapan pekerja berada di dalam pejabat, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat.

“Apabila saya keluar saya lihat bumbung telah runtuh dan saya lihat angin berpusing serta hujan lebat.

“Saya terus azan dan mengarahkan semua pekerja keluar dari pejabat kerana kedudukan pejabat terlalu hampir dengan bumbung yang runtuh,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Bohari, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak kedai kereta terpakai ini dibuka awal tahun 90-an.

Ujarnya, ketika kejadian terdapat kira-kira 100 buah kereta berada di dalam kedai tersebut yang berharga antara RM80,000 hingga RM100,000 termasuk kereta mewah jenis BMW, Audi serta Mazda.

Katanya, jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM2 juta termasuk kerosakan pada tiga buah bangunan yang menempatkan simpanan kereta terpakai.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI