fbpx

PM hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri Al-Sultan Abdullah Abdullah dan Anwar pada hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara hari ini.

Mesyuarat kali ke-260 itu dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Difahamkan, beberapa isu dijangka menjadi tumpuan pada persidangan tersebut antaranya perkembangan semasa negara dan cabaran ekonomi.

Agenda lain yang mungkin turut disentuh ialah kemajuan hal ehwal agama Islam serta isu keselamatan dan pertahanan negara.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istana Negara bagi menghadiri majlis tersebut.

Raja-Raja lain yang berangkat sama ialah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Selain itu, turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, serta Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali terakhir diadakan pada 29 Jun lalu yang dipengerusikan oleh Tuanku Syed Sirajuddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI