fbpx

Penyokong JDT berubah sebelum maut nahas ngeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kenangan arwah Mohammad Khairil yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kluang kelmarin.

KLUANG – Arwah Mohammad Khairil Rosli, 17, yang maut dalam kemalangan kelmarin tidak pernah ketinggalan menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Malah sewaktu kejadian kemalangan itu, arwah bersama tiga lagi rakannya dalam perjalanan ke stadium tersebut untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara JDT dan Borussia Dortmund.

Selain Mohammad Khairil, nahas itu turut mengorbankan dua lagi rakannya manakala seorang lagi cedera.

Bapa mangsa, Rosli Mohd. Ali, 50, berkata, anaknya keluar dari rumah pada pukul 1 te­ngah hari untuk makan tengah hari sebelum bergerak ke Johor Bahru.

“Walaupun masih belajar di tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Intan, arwah mempunyai wang kerana bekerja sebagai tukang gunting rambut. Jadi dia ada duit poket sendiri untuk menonton perlawanan bola sepak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Intan di sini semalam.

Rosli memberitahu, se­minggu terakhir sebelum pemergian, arwah anaknya lebih gemar berada di rumah, malah meminta supaya dipasangkan langsir dan lampu bagi memudahkan dia membuat kerja menggunting rambut rakan-rakan sekolahnya.

“Perubahan arwah untuk berada di rumah seperti dia tidak mahu berjauhan dengan ahli keluarga,” katanya.

Tambah Rosli, arwah anak­nya seorang yang ringan tulang dan disenangi semua ahli keluarga serta rakan-rakan kerana suka menolong mereka ketika dalam kelas.

“Kami reda dengan ketentuan Allah SWT dan menganggap kehilangan arwah anak sebagai satu dugaan. Terima kasih kepada semua yang membantu,” katanya.

Arwah Mohammad Khai­ril dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu manakala dua rakannya dikebumikan di Air Baloi dan Kampung Rimba Terjun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI