fbpx

Kepit pin tudung guna bibir mengundang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Golongan wanita dinasihati supaya mengelak tabiat mengepit pin di bibir semasa mahu memakai atau memperbetulkan tudung.

Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan berkata, tabiat itu berbahaya kerana boleh mengundang maut sekiranya tertelan pin tudung.

“Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Kes tertelan pin tudung dah banyak kali terjadi.

“Ia terjadi diluar kawalan.Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir,

“Pin tudung ini sama ada akan masuk ke salur makanan seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru.

“Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius seterusnya boleh membawa maut,” katanya dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini.

Poster info.

Ahmad berkata, kes tertelan pin tudung akan dirawat menggunakan kaedah rigid bronchoscopy iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan dan menarik keluar objek berkenaan.

Jelas beliau, jika tidak berjaya pesakit tiada pilihan selain menjalani pembedahan di mana dada terpaksa dibelah untuk keluarkan pin tudung.

Justeru, beliau menasihati lima perkara kepada golongan wanita dalam mengendalikan pin tudung seperti berikut:

1. Cucuk pin di lengan baju atau atas tudung.

2. Pakai tudung instan

3. Guna magnetic pin

4. Guna pin kepit

5. Elak urusan lain ketika pakai tudung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI