fbpx

Fitnah mampu runtuhkan tamadun bangsa – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak semua untuk elakkan mempercayai berita palsu dan fitnah kerana akan menjadi punca keruntuhan tamadun bangsa.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian menerusi hantaran pendek dalam laman Facebooknya yang turut disertakan dengan video ceramah dari penceramah terkenal, Datuk Badli Shah Alauddin.
Kata Ahmad Zahid, orang ramai perlu sedar akan bahayanya penyebaran berita palsu serta fitnah.

“Bahaya penyebaran berita palsu dikupas oleh penceramah wajar menyedarkan kita semua.

“Jangan kerana amarah kita mengenepikan hukum Allah dan rela kemudaratan besar berlaku di negara kita,” katanya.

Menerusi video berdurasi 11.50 minit, Badli Shah menyorot sejarah bagaimana Hang Tuah menerima hukuman bunuh daripada Sultan Melaka akibat daripada berita palsu yang tersebar hingga mengundang kemurkaan.

Beliau turut mengimbas kisah-kisah natijah berita palsu yang memusnahkan kegemilangan bangsa termasuk zaman kesultanan Melayu yang antaranya peristiwa pembunuhan beberapa sultan Melayu yang dibunuh temasuklah Hang Nadim. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI