fbpx

WHO guna ‘mpox’ ganti monkey pox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan pakar kesihatan awam global akan mula menggunakan nama ‘mpox’ sebagai sinonim untuk penyakit cacar monyet (monkey pox).

Perkata tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, menerusi ciapan di akaun Twitternya pagi tadi.

“Setelah berbincang dengan pelbagai pihak, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan pakar kesihatan awam global akan mula menggunakan nama mpox sinonim untuk cacar monyet (monkey pox).

“Kedua-dua nama akan saling digunakan untuk tempoh setahun sebelum kekal dengan mpox,” ciapnya.

Terdahulu, pada Julai lepas Bandar Raya New York meminta WHO menukar nama virus cacar monyet untuk mengelakkan stigma yang menyebabkan pesakit malu untuk mendapatkan rawatan.

Sehingga kini, jumlah kes cacar monyet di seluruh dunia kini melebihi 80,000 kes, menurut laman sesawang WHO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI