fbpx

Lelaki guna tangan pecah 39 tembikai dalam seminit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 39 tembikai berjaya dipecahkan oleh Rodriguez dalam cubaan rekod dunia tersebut. - Guinness World Records

ROM, ITALI – Seorang atlet dari Sepanyol menempa nama dalam Guinness World Records selepas memecahkan 39 biji tembikai dalam masa 1 minit menggunakan tangannya, lapor agensi berita United Press International semalam.

Menurut Guinnes World Records,  Roberto Rodriguez mencatat rekod kategori buah tembikai paling banyak dipecahkan dengan menggunakan tangan dalam masa 1 minit. Dia mencatat rekod dunia itu dalam program televisyen khas di Itali, Lo Show Dei Record.

Rodriguez menggunakan  tangannya untuk melakukan aksi tersebut sambil buah tembikai dipegang oleh beberapa sukarelawan.

Jumlah keseluruhan buah tembikai yang dipecahkan adalah 39, cukup untuk membolehkan Rodriguez diberikan gelaran tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI