fbpx
Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat itu di Lorong Cempaka, Kampung Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini.

Disangka kain buruk, rupanya mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Seorang warga emas tergamam apabila objek disangka kain buruk rupa-rupanya mayat seorang lelaki di kawasan semak Lorong Cempaka, Kampung Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Mayat individu berpakaian lengkap itu ditemui Toriman Marsaid, 66, kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Menurut Toriman, ketika kejadian dia mengayuh basikal menuju pulang ke rumah selepas selesai minum di sebuah kedai makan.

“Setibanya di lokasi, saya teringat pesan seorang rakan supaya bantu mencari nombor telefon individu yang mahu menjual tanah lot di kawasan itu.

“Saya kemudian melihat objek yang disangka kain rentang (iklan tanah) yang buruk namun terkejut mendapati adalah mayat lelaki,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian petang tadi.

Jelas beliau, dia seterusnya segera menghubungi talian kecemasan bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan masih mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Siasatan masih dijalankan sama ada melibatkan jenayah atau kemalangan dengan puncanya akan diketahui hasil bedah siasat nanti,” katanya. -KOSMO!ONLINE

POPULAR