fbpx

Anak Shiera terselamat kemalangan bas rempuh treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIERA bersyukur kerana anak lelakinya, Airell Zulkifly hanya mengalami kecederaan ringan ketika terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan treler di Jasin, pagi semalam.

PETALING JAYA – Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah meluah rasa syukur apabila anak lelakinya, Airell Zulkifly terselamat dalam kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah treler di Jasin, Melaka.

Menurut Shahirah atau Shiera, 48, dalam kejadian yang berlaku pada pagi semalam, anak lelakinya duduk di bahagian belakang bas.

Disebabkan itu Airell, 18, hanya mengalami luka-luka kecil termasuk patah gigi dalam kemalangan tersebut.

“Anakku dalam bas ini pagi tadi (semalam). Alhamdulillah okey, sudah ada di rumah.

“Dia tak nak cakap, dia kata bas rosak. Nasib duduk belakang. Mak tidak berhenti doa untuk anak-anak. Allahuakbar,” tulis Shiera dalam Instagramnya.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Insta Story, jelas kelihatan Airell mengalami luka pada wajah termasuk dahi, hidung dan kaki.

“Dia takut hendak beritahu, katanya sebab jerawat tapi sebenarnya luka kemalangan. Selidik punya selidik barulah dia beritahu,” ujar Shiera penuh kesyukuran.

Sementara itu, ruangan komen Instagramnya dibanjiri ucapan syukur daripada peminat dan rakan artis.

“Allahu. Alhamdulillah semuanya selamat. Syukur,” tulis Anuar Zain.

Dalam kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Jasin pada pukul 3.50 pagi semalam, seramai 16 orang penumpang mengalami kecederaan apabila bas ekspres yang dinaiki merempuh belakang sebuah treler membawa muatan barangan kitar semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI