fbpx

Sultan Brunei pandu sendiri kereta bawa Anwar ke Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menaiki kereta dipandu Sultan Brunei untuk ke Seri Perdana selepas baginda mendarat di Pangkalan TUDM. - Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

PUTRAJAYA – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memandu sendiri kereta untuk membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Seri Perdana sempena lawatan khas baginda ke Malaysia hari ini.

Terdahulu, Anwar menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah serta delegasi Brunei di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira pukul 11.40 pagi.

Sejurus tiba, baginda diberikan tabik hormat perbarisan daripada Tentera Darat Malaysia yang diketuai Mejar Mohd Faudzi Che Hashim.

Turut hadir menyambut keberangkatan tiba baginda ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Dalam lawatan itu, Anwar akan meraikan Sultan Hassanal Bolkiah selain Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen serta rombongan dalam satu majlis santapan tengah hari.

Lawatan Sultan Brunei ke Malaysia merupakan pertama kali diadakan selepas Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu.

Lawatan terakhir Paduka Seri Baginda ke Kuala Lumpur ialah pada 4 hingga 6 Mac 2019 iaitu untuk menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei Darussalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI