fbpx

Piala Dunia: Portugal idam layak awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PORTUGAL sedar bahawa tugas meraih kemenangan kedua tidak mudah ketika dijadual menentang Uruguay awal pagi esok. – AFP

DOHA – Semua pemain Portugal digesa untuk memainkan pe­ranan tersendiri dan tidak boleh terlalu bergantung kepada Cristiano Ronaldo dalam misi meraih kemenangan ke atas Uruguay pada aksi kedua Kumpulan H di Stadium Lusail awal pagi esok.

Hanya kemenangan mampu mengesahkan slot Portugal di peringkat kalah mati, namun pengendalinya, Fernando Santos tetap akui Uruguay pastinya akan mencuba sehabis baik untuk membuka peluang selepas sekadar seri dengan Korea Selatan.

Selain usaha untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati, kemenangan ini juga mungkin akan melengkapkan misi balas dendam Portugal selepas lawan sama menyingkirkan mereka di pusingan 16 terbaik pada edisi 2018.

“Tiada apa yang perlu saya risaukan kerana saya kenal pemain saya dan mereka mampu me­lakukan lebih baik. Saya cukup yakin mereka boleh beraksi lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Santos juga merasakan anak buahnya harus memilih jalan lebih senang kerana sedar ancaman yang mampu dibawa Korea Selatan di perlawanan terakhir memandangkan mereka telah mencipta kejutan menyingkirkan Jerman pada edisi lalu.

Portugal kini sedang me­mimpin Kumpulan H hasil kemenangan 3-2 ke atas Ghana, manakala Uruguay mahu menghidupkan semua peluang untuk layak selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Korea Selatan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI