fbpx

Lelaki tanam 1,000 pokok ganja di rumah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Undang-undang negeri Colorado melarang penanaman lebih 12 pokok ganja bagi setiap isi rumah. – Getty Images

DENVER, COLORADO – Pihak berkuasa negeri Colorado merampas hampir 1,000 pokok ganja dan ganja kering bernilai AS$1 juta (RM4.47 juta) susulan penangkapan seorang lelaki dari Florida yang dituduh menjalankan kegiatan penanaman tumbuhan itu secara haram, lapor akhbar New York Post semalam.

Pejabat Syerif Daerah Pueblo berkata, polis memberkas suspek, Lazaro Piloto-Gomez Rabu lalu, selepas menerima maklumat mengenai kegiatan melibatkan dadah secara haram di sebuah kawasan pedalaman di negeri itu.

Selepas lelaki berusia 57 tahun itu mengaku memiliki lebih 12 pokok ganja di hartanah miliknya, pasukan detektif pergi ke lokasi tersebut bersama waran untuk menggeledah dua bangunan luar berkembar dan sebuah rumah, kata pejabat syerif.

Ganja dibenarkan di Colorado, namun undang-undang negeri melarang penanaman lebih 12 pokok ganja bagi setiap isi rumah.

Menurut pejabat syerif, sebuah bangunan luar di lokasi tersebut mempunyai 939 pokok ganja yang ditanam di bahagian dalam di samping hampir 4.5 kilogram (kg) produk ganja kering bernilai kira-kira AS$969,000 (RM4.3 juta). 

Sementara itu, di sebuah garaj berkembar pula, 20 pokok ganja lagi ditemui serta peralatan dan bekalan yang biasanya digunakan untuk membungkus dan mengedar ganja, kata pihak berkuasa.

Suspek berdepan pertuduhan menanam ganja dengan niat untuk mengedarkan lebih 22 kg bahan itu. Siasatan  kes tersebut masih berlangsung. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI