fbpx

Arab Saudi keluarkan kereta elektrik 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA wanita melihat ruang dalaman kereta elektrik keluaran Lucid Group di Jeddah pada 14 Julai lalu. -- AFP

RIYADH – Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pembangunan Perindustrian Arab Saudi (SIDF), Ibrahim Almojel mengesahkan bahawa tahun 2025 akan me­nyaksikan kemunculan kende­raan elektrik buatan tempatan pertama dengan pengeluaran dijangka mencecah 150,000 unit setiap tahun, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Pengesahan Ibrahim itu dibuat semasa temu bual bersama saluran televisyen, Rotana Khalejeyah yang mana beliau berkata, Arab Saudi mempunyai keupayaan mencapai matlamat tersebut dengan sokongan kerajaan dan sektor swasta untuk mengaktifkan industri automatif.

Beliau juga menjelaskan perbezaan antara syarikat pengeluaran kenderaan Lucid yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan Ceer iaitu syarikat kenderaan elektrik pertama dari Arab Saudi.

Ibrahim berkata, syarikat kenderaan Lucid lebih memfokuskan kepada segmen pengeluaran kereta mewah dan akan memberi tumpuan kepada eksport kereta tertentu untuk menembusi pasaran di Eropah mahupun tempatan.

Tumpuan Lucid pula akan diberikan kepada kereta berkapasiti tinggi dan dicirikan oleh kelajuan tinggi serta mempunyai jangka hayat bateri lebih lama.

Pada awal bulan ini, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman melancarkan jenama kenderaan elektrik pertama kerajaan iaitu Ceer de­ngan harapan akan dapat menarik lebih AS$150 juta (RM672 juta) dalam pelaburan dan membuka sebanyak 30,000 peluang pekerjaan.

Syarikat itu akan menyumbang kepada usaha negara monarki tersebut ke arah pe­ngurangan pelepasan karbon dan memacu kemapanan untuk menangani kesan perubahan iklim, kata Saudi Press Agency (SPA).

Ceer adalah hasil usaha sama antara firma milik kerajaan Arab Saudi, Public Investment Fund (PFI) dan gergasi teknologi Taiwan, Foxconn yang terkenal de­ngan pengeluaran komponen untuk iPhone. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI