fbpx

5 minit sahaja tiket konsert Eunji licin disambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNG EUNJI

SELEPAS menganjurkan konsert solo secara virtual pada 2020, Eunji akan membuat kemunculan semula dengan penganjuran Solo Concert Travelog 2022 pada Disember ini.

Sambutan konsert tersebut sangat meriah apabila penjualan tiket habis terjual dalam masa lima minit.

Perkara tersebut dimaklumkan agensi Ist Entertainment tentang tiket yang mula dijual pada 23 November lalu.

“Penjualan tiket konsert solo Eunji yang dibuat melalui laman tempahan Interpark Ticket habis dijual dalam masa lima minit.

“Artis bawah naungan kami itu sangat aktif di atas pentas seperti menyumbang idea dalam gubahan termasuk menyenarai set alatan serta melakukan pelbagai usaha untuk menyajikan persembahan yang berkualiti tinggi buat peminat,” ujar wakil agensi Eunji.

Anggota kumpulan Apink berusia 29 tahun itu akan mengadakan konsert solo di Seoul selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Disember kelak.

Dia juga merancang untuk mengadakan konsert di Taipei pada 14 Januari 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI