fbpx

Wan Rosdy MB kerajaan BN-PH Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy

KUANTAN : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang esok.

Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-MustafaBillah Shah telah memperkenankan pembentukan kerajaan negeri Pahang melalui kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH).

Pengelola Bijaya DiRaja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman berkata, Tengku Hassanal juga telah berkenan menerima mengadap dan mendengar cadangan, usul serta hasrat pimpinan parti-parti politik yang terlibat susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

“Berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian I, Perkara 3 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Tengku Hassanal juga telah telah berkenan untuk melantik Wan Rosdy sebagai Menteri Besar Pahang,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya majlis pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang akan diadakan pada pukul 11 esok di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan.

Pada PRU15 lalu, Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi DUN, manakala BN 16 kerusi dan PH lapan kerusi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI