fbpx

PN Pahang sedia serah jawatan MB kepada BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUAN IBRAHIM ketika berucap pada majlis jamuan kesyukuran rakyat DUN Cheka di Dataran Kerambit di sini semalam.

LIPIS – Perikatan Nasional (PN) Pahang sedia berkompromi dengan menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Barisan Nasional (BN) dalam usaha merealisasikan pembentukan kerajaan negeri melalui kerjasama antara BN dan PN.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagaimanapun BN perlu memenuhi beberapa syarat dan tuntutan selari dengan kekuatan PN yang menang 17 kerusi berbanding BN yang memperoleh 16 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, antara tuntutan itu ialah tiga daripada lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan diberi kepada PN dan jumlah exco yang sama banyak serta speaker DUN menjadi milik PN.

“Saya yakin Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mewakili BN Pahang mungkin akan mempertimbangkan syarat kita yang ingin dibuktikan di Pahang.

“Insya Allah sinar harapan itu ada di mana-mana, PN Pahang bersedia berkompromi sebagai model penyatuan ummah dan Pahang dijadikan model,”katanya pada majlis jamuan kesyukuran rakyat DUN Cheka di Dataran Kerambit di sini semalam.

PRU15 lalu menyaksikan Pahang merekodkan sejarah buat kali pertama apabila gagal menubuhkan kerajaan negeri selepas mana-mana parti tidak memperolehi majoriti menyaksikan PN menang 17 kerusi manakala BN menang 16 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) mendapat lapan kerusi.

Susulan itu juga berlaku perbincangan antara wakil PH dan wakil PN dengan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, namun sehingga kini tiada keputusan dibuat.

Menurut Tuan Ibrahim, selepas PRU15, kekuatan parti di Pahang hampir seimbang yang mana tidak ada mana-mana parti boleh menubuhkan kerajaan kecuali melalui sokongan daripada parti lain.

“Oleh itu permuafakatan politik PN dan BN dalam Muafakat Nasional merupakan jalan terbaik demi perpaduan ummah dan kestabilan di negeri ini.

“PN bersedia bertolak ansur menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada BN walaupun kita menang lebih satu kerusi yang diberi mandat oleh pengundi,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI