fbpx

Piala Malaysia: JDT kini fokus aksi bertemu Borussia Dortmund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT berjaya menjulang trofi Piala Malaysia dengan menewaskan Selangor FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mahu meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia terlalu lama dengan memberikan fokus untuk mengharungi aksi persahabatan menentang kelab gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri esok.

Pengendali JDT, Hector Bidoglio mengakui pertemuan menentang Dortmund adalah detik bersejarah skuad Harimau Selatan itu selain membanggakan bagi sukan bola sepak di tanah air secara keseluruhan.

“Fokus kami sekarang adalah untuk mengharungi perlawanan menentang Dortmund pada Isnin nanti (malam esok). Aksi persahabatan ini adalah Dortmund cukup penting untuk JDT dan bola sepak Malaysia.

“Bukan mudah untuk menentang salah satu kelab terbesar di dunia dan kami berasa bangga dapat bermain dengan Dortmund.

“Walaupun sukar untuk kami jalani pemulihan dalam tempoh kurang dua hari, namun saya jamin pemain akan berikan yang terbaik nanti,” katanya selepas tamat aksi final Piala Malaysia malam tadi.

Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad JDT pamerkan kebangkitan untuk meraih kemenangan hasil ledakan Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri sekali gus menewaskan Selangor FC dengan keputusan 2-1.

Keputusan tersebut menyaksikan JDT ‘sapu bersih’ semua kejuaraan domestik Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super.

Sebagai rekod, ini adalah kali kedua JDT bertemu dengan Dortmund selepas kali terakhir melakukannya pada 2015 dengan kekalahan 1-6 pada aksi di Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunos, Larkin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI