fbpx

Penyanyi Flashdance, Irene Cara meninggal dunia di Florida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI lagu popular, Fame meninggal dunia pada usia 63 tahun. - GETTY

MIAMI – Penyanyi dan pelakon terkenal, Irene Cara yang memenangi anugerah Oscar dan pernah merakamkan lagu utama untuk filem blockbuster pada tahun 1980-an iaitu Fame serta Flashdance, meninggal dunia pada usia 63 tahun, kata pegawai perhubungan awamnya, Judith Moose pada hari ini.

Cara, 63, ditemui mati di rumahnya di Florida, Amerika Syarikat (AS) semalam kata Moose kepada AFP sambil menyatakan bahawa punca kematian masih tidak diketahui.

“Dia adalah jiwa yang dianugerahkan dengan indah yang warisannya akan kekal selama-lamanya melalui muzik dan filemnya,” kata Moose dalam satu kenyataan bertulis.

Cara terkenal kerana menyanyikan lagu utama filem hebat pada tahun 1980an, Fame dengan ungkapan yang tidak dapat dilupakan iaitu: “Saya akan hidup selama-lamanya, saya akan belajar bagaimana untuk terbang”.

Cerita itu mengisahkan kejayaan dan kesusahan pelajar-pelajar di sebuah sekolah tinggi seni persembahan di New York.

Dalam filem itu, Cara memainkan watak seorang pelajar yang mengikuti kelas tarian, Coco Hernandez.

Moose turut melahirkan rasa simpati kepada para peminat penghibur berkenaan berikutan berita palsu tentang kematiannya yang tersebar baru-baru ini iaitu sebelum dia meninggal dunia pada Sabtu.

‘Tiada seorang pun daripada kami pernah dihubungi mengenai penipuan itu. Saya faham sepenuhnya ia sukar untuk dipercayai,” ujarnya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI