fbpx

Kurang 24 jam, lelaki samun warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Tindakan lelaki menyamun warga asing terbongkar apabila berjaya ditahan selepas merompak RM500 dari seorang mangsa di premis kedai mencuci kereta, Impian Murni, Taman Saujana, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian yang berlaku sekitar pukul 7.15 petang itu juga tular di media sosial melibat suspek lelaki tempatan.

Katanya, suspek menggunakan motosikal jenis Yamaha LC semasa merompak seorang lelaki dan wanita warga asing di lokasi kejadian.

“Dalam kejadian itu, suspek telah melarikan wang tunai sebanyak RM500 yang disamun daripada mangsa namun tidak sebarang kecederaan direkodkan.

“Ekoran kejadian itu, pihak Cawangan (D9), Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang telah berjaya menahan lelaki berusia 21 tahun di kawasan Taman Kantai Permai, di sini, malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau serta disahkan positif methamphetamine.

Susulan itu, soal siasat suspek juga membawa kepada pengakuan dirinya terlibat dalam kes yang disiasat.

Menurut Mohd. Zaid, siasatan setakat ini mendapati suspek tidak menyamar sebagai polis dan bergerak sendiri.

“Antara barangan yang dirampas adalah sebuah motosikal serta pakaian yang digunakan semasa kejadian.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan suspek direman empat hari sehingga Rabu depan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI