fbpx

Kerajaan Britain tidak mampu naikkan gaji jururawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan demonstrasi yang dilakukan oleh jururawat berikutan gaji yang rendah tahun lalu. - Anadolu Agency/Getty Images

LONDON – Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak menyatakan bahawa tuntutan gaji lebih tinggi yang diminta oleh kesatuan jururawat negara itu tidak mampu dipenuhi oleh kerajaan, lapor laman berita Wion News kelmarin. 

Perkara itu dinyatakan selepas kesatuan yang mewakili jururawat di Britain, Kolej Kejururawatan Diraja (RCN) mengumumkan kelmarin bahawa beribu-ribu jururawat mungkin melancarkan mogok pada 15 dan 20 Disember ini iaitu sebelum perayaan Krismas untuk menuntut gaji lebih tinggi.

Ia akan menambahkan lagi tindakan perusahaan yang dilakukan pada musim sejuk sekali gus meningkatkan tekanan ke atas sistem penjagaan kesihatan yang dikendalikan oleh kerajaan, kata laporan dalam akhbar Independent.

“Apa yang diminta oleh kesatuan sekerja, menurut saya adalah kenaikan gaji sebanyak 19 peratus dan saya fikir ramai orang akan menyedari bahawa ia jelas tidak berpatutan,” kata Sunak semasa melawat doktor-doktor bedah di Darlington.

Mogok itu akan memberi lebih tekanan kepada Sunak ketika Britain bergelut dengan masalah kos sara hidup dan kemerosotan ekonomi yang diramal berlaku dengan inflasi mencecah paras tertinggi dalam tempoh 41 tahun iaitu 11.1 peratus pada Oktober lalu.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang telah menawarkan penjagaan kesihatan percuma sejak  1948 kini mempunyai rekod tujuh juta pesakit yang berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital-hospital kerajaan. 

Bilik-bilik kecemasan dan kemalangan di hospital-hospital di negara itu juga dibebani dengan terlalu banyak kerja.

Bagi mengelakkan mogok itu, Setiausaha Agung RCN, Pat Cullen menggalakkan Setiausaha Kesihatan, Steve Barclay untuk memulakan rundingan dengan semua jururawat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI