fbpx

PRU15: PH Pahang sokong bentuk kerajaan bersama BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Pakatan Harapan (PH) Pahang mencapai persetujuan sebulat suara untuk memberi sokongan secara rasmi kepada Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesepakatan itu dicapai hasil daripada mesyuarat yang dipengerusikan beliau,hari ini.

Katanya, persetujuan sebulat suara itu berdasarkan kepada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara keseluruhan yang dimenangi oleh BN iaitu sebanyak16 kerusia manakala PH sebanyak lapan kerusi yang telah melebihi majoriti mudah.

“Kami berharap kerajaan Negeri Pahang yang baru pasca PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) ini dapat dibentuk demi menjamin pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar untuk kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Pada PRU15 lalu, Perikatan Nasional (PN) Pahang menang 17 kerusi DUN sekali gus manakala BN 16 kerusi dan PH lapan kerusi menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Mana-mana parti perlu menang 22 kerusi DUN untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Justeru itu, pembentukan kerajaan negeri bergantung kepada rundingan yang dilakukan tiga parti berkenaan iaitu PN, BN dan PH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI