fbpx

RM20 juta lesap, jam dan beg tangan mewah tak dapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara jam tangan jenama mewah yang dirampas.

JOHOR BAHRU – Satu sindiket penipuan yang menj0al jam tangan dan beg tangan mewah dengan menyasarkan ahli perniagaan tumpas selepas polis menahan seorang lelaki di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sindiket dipercayai mengaut untung sebanyak RM20 juta hasil kegiatan penipuan tersebut.

Tangkapan ke atas suspek rakyat tempatan itu dibuat selepas polis menerima empat laporan daripada mangsa yang berusia 31 hingga 40 tahun.

“Mereka membuat laporan pada Ogos hingga bulan ini sebelum polis memulakan siasatan terhadap suspek yang berusia 32 tahun.

“Mangsa mendakwa ditipu dalam urusan pembelian jam tangan dan beg tangan edisi khas serta terhad melibatkan jenama mewah seperti Louis Vuitton, Chanel, Dior, Hermes, Rolex, Patek Philippe dan Audemars Piguet melibatkan kerugian RM20 juta.

“Setakat ini terdapat empat mangsa di Johor dan seorang di Perak. Kemungkinan akan ada mangsa lain, tetapi belum ada laporan diterima,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Modus operandi suspek adalah menawarkan jam tangan dan beg tangan edisi mewah serta terhad kepada mangsa pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.

“Suspek akan bertemu mangsa secara bersemuka bagi mendapatkan kepercayaan sebelum mangsa membuat pembayaran ke dalam akaun bank yang diberikan.

“Setelah bayaran dibuat, suspek gagal dihubungi dan menghilangkan diri bersama-sama wang mangsa,” jelasnya.

Suspek kemudian dibawa ke Johor bagi membantu siasatan empat kes yang dilaporkan di daerah ini dan Iskandar Puteri.  Suspek direman sehingga 27 November ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI