fbpx
PENYERANG Australia, Mitchell (no.15) Duke meraikan jaringannya dengan rakan sepasukan ketika tewaskan Tunisia 1-0 - AFP

Piala Dunia: Australia hidupkan peluang selepas atasi Tunisia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL WAKRAH – Jaringan tunggal pada pertengahan babak pertama sudah memadai buat Australia untuk memastikan kemenangan tipis 1-0 ke atas Tunisia pada aksi kedua Kumpulan D di Stadium Al Janoub sebentar tadi.

Selepas menyedari kekalahan akan menghantar The Socceroos pulang lebih awal, anak buah Graham Arnold pantas memanfaatkan kelebihan ketika berjaya mengekang setiap usaha lawan untuk buru gol penyamaan.

Bagaimanapun, Australia wajar berterima kasih kepada Mitchell Duke ketika penyerang kelab Jepun, Fagiano Okayama tenang untuk menyempurnakan peluang terhidang.

Terdahulu, kedua-dua pasukan turun dengan misi sama, memburu kemenangan sulung pada penampilan kali ini dan ia begitu terserlah apabila aksi 45 minit pertama berlangsung seimbang dengan kedua-duanya saling mengatur gerakan.

Sebaik memasuki separuh perjalanan babak pertama, gol yang dicari-cari Australia akhirnya muncul pada minit ke-23 menerusi Duke yang menyambut baik hantaran lintang Craig Goodwin.

Walaupun mendapat tekanan daripada pemain dan penyokong Tunisia, Australia jelas mempamerkan keberanian untuk memastikan kemenangan pertama di Piala Dunia sejak kali terkahir melakukannya pada edisi 2010.

Keghairahan Tunisia untuk memperoleh gol penyamaan begitu terserlah terutamanya menerusi Youssef Msakni sebaliknya penjaga gol Australia, Mathew Ryan cemerlang untuk melakukan aksi menyelamat.

Pertahanan tengah The Socceroos, Harry Souttar turut memainkan peranan besar sepanjang babak kedua apabila sering melakukan halangan dan terjahan penting. AGENSI

POPULAR