fbpx

[VIDEO] Laungan takbir dan ‘reformasi’ bergema di Masjid Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Laungan takbir ‘Allahu Akbar’, ‘Reformasi, ‘Kita Boleh’ dan ‘Kita Menang’ berkumandang di luar ruang solat Masjid Putra di sini sejurus selesai solat Jumaat sebentar tadi.

Laungan itu ‘dihadiahkan’ jemaah solat Jumaat dan juga penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir menunaikan solat Jumaat hari ini.

Selesai solat, Anwar sempat beramah mesra dengan jemaah termasuk bersalaman dan berswafoto.

Keadaan agak sesak di luar ruang solat utama Masjid Putra apabila jemaah dilihat mengambil peluang untuk merakam sosok Perdana Menteri Ke-10 itu.

Lebih 10 minit diperlukan Anwar untuk berjalan menuju kenderaannya selepas selesai solat Jumaat kerana dikerumuni jemaah dan penyokongnya.

Difahamkan, kira-kira 3,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid itu sebentar tadi dan rata-rata tidak menyangka Anwar memilih Masjid Putra untuk menunaikan solat Jumaat.

Anwar tiba di Masjid Putra pukul 1.01 tengah hari disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim ) Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.

Beliau sebelum itu tiba di Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9.52 pagi untuk memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri secara rasmi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI