fbpx
Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia esok.

Final Piala Malaysia: Johor cuti Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengisytiharkan hari Ahad ini iaitu 27 November sebagai cuti peristiwa.

Titah baginda cuti peristiwa berkenaan adalah susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia esok.

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, pemberian cuti peristiwa itu bertujuan memudahkan penyokong menyaksikan perlawanan akhir seterusnya memberi keselesaan kepada mereka untuk merancang dan mengatur perjalanan agar tidak tergesa-gesa dan berada dalam keadaan selamat.

“Pengisytiharan cuti ini adalah selaras dengan Seksyen 8 dan 9, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pengundi hari cuti umum itu juga sebagai penghargaan kepada sokongan padu yang sentiasa diberi rakyat Johor serta penyokong tegar skuad Harimau Selatan.

“Tahniah JDT yang telah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022. Sama-sama kita hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok bagi terus memberi sokongan padu kepada pasukan JDT.

“Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sentiasa menjadi inspirasi kepada Orang Muda Johor dan sentiasa memberi sokongan kepada atlet-atlet kita,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

JDT bakal bertemu dengan Selangor FA pada perlawanan akhir Piala Malaysia, malam esok.-KOSMO! ONLINE

POPULAR