fbpx

FDA lulus ubat termahal di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan tanda syarikat CSL Behring dirakam di salah sebuah kilangnya di Melbourne, Australia. – Getty Images

HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Syarikat farmaseutikal  berpangkalan di negeri Pennsylvania, CSL Behring  menerbitkan harga ubat yang dikatakan paling mahal di dunia iaitu AS$3.5 juta (RM15.6 juta) untuk satu dos, lapor laman berita Wion News semalam.

Harga ubat Hemgenix itu didedahkan selepas Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) memberikan kelulusan dengan alasan ia mampu mengurangkan kos penjagaan kesihatan. Ini kerana pesakit akan semakin kurang mengalami pendarahan serta kurang memerlukan terapi.

Harga ubat tersebut mengatasi ubat Zolgensma keluaran syarikat Novartis yang berpangkalan di Switzerland. Zolgensma  digunakan sebagai penawar untuk atrofi otot tulang belakang (SMA). Ia berharga hampir AS$2 juta (RM8.9 juta) bagi setiap dos dan juga merupakan ubat dos tunggal.

Kos bagi rawatan terbaharu itu sama seperti kebanyakan ubat-ubatan di AS, di mana ia akan ditanggung oleh syarikat insurans dan bukan pesakit, baik menerusi pelan persendirian mahupun program awam.

Selepas berdekad-dekad melakukan penyelidikan, rawatan gen telah mula mengubah bagaimana kanser dan penyakit lain yang boleh diwarisi,  dirawat menggunakan ubat yang boleh mengubah atau membetulkan keabnormalan genetik.

Rawatan pertama untuk hemofilia adalah Hemgenix, dan beberapa syarikat farmaseutikal lain sedang membangunkan rawatan gen untuk varian gangguan yang lebih lazim iaitu haemofilia A.

Menurut FDA, haemofilia B menjejaskan satu dalam setiap 40,000 individu.

Hemofilia kebiasaannya merupakan gangguan pendarahan yang diwarisi di mana darah tidak membeku dengan betul. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN