fbpx

39 orang hilang, Jokowi arah operasi pemindahan penduduk diutamakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penyelamat mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan di Cianjur pada Selasa lalu. - AFP

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan petugas keselamatan mengutamakan kerja-kerja pemindahan selepas 39 penduduk dilaporkan masih hilang akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Menurut Jokowi, anggota penyelamat akan memberi tumpuan untuk memindahkan penduduk Kampung Cijedil. Beliau telah melawat kawasan itu untuk memastikan kerja-kerja pemindahan berjalan dengan lancar.

“Proses pemindahan menjadi keutamaan, kita fokus di kawasan ini untuk pemindahan penduduk,” kata Jokowi di Cianjur semalam.

Menurut Jokowi, halangan yang dialami semasa proses pemindahan menyukarkan operasi petugas keselamatan yang masih gagal mengesan keberadaan 39 penduduk yang masih hilang.

Keadaan tanah yang curam, hujan, gempa susulan dan tanah tidak stabil menjadi halangan kepada anggota penyelamat.

“Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Awam (PUPR) telah mengarahkan kakitangannya menjalankan operasi ‘potong dan isi’ supaya usaha pencarian mudah dilakukan,” katanya.

Sebanyak 956 rumah rosak dan 271 orang maut akibat gempa bumi di Cianjur. Gempa bumi cetek berukuran 5.6 pada skala Richter telah menggegar bandar Sukabumi pada Isnin lalu.

Dalam lawatannya ke Cianjur, Jokowi mendapati mangsa bencana itu mengalami kekurangan bekalan air dan khemah. Beliau mengarahkan pasukannya mengagihkan bantuan ke beberapa lokasi gempa di Cianjur dengan segera.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mencatatkan angka korban akibat gempa bumi itu meningkat seramai 271 orang setakat kelmarin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI