fbpx
Anwar

PM10: Anwar janji galas tugas penuh tawaduk, tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA- Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggalas amanah diberi dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab.

Beliau berkongsi luahan itu menerusi akaun Twitternya, setelah selesai angkat sumpah di Istana Negara sekitar pukul 5.06 petang tadi.

“Tugas berat ini akan saya pikul berpandukan kehendak dan nurani rakyat bersama pasukan,” ciapnya.

Di ruangan komen orang ramai rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan pentadbiran di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim dipermudahkan.

“Teruskan perjuangan Datuk Seri, semoga dipermudahkan segala urusan menjaga negara tercinta, Malaysia,” ciap seorang netizen.

Dalam pada itu ada juga netizen yang mempersoalkan sama ada beliau akan mengumumkan hari cuti susulan akhirnya dilantik menjadi Perdana Menteri.

“Harap Datuk Seri umum cuti pada hari isnin,” seloroh seorang netizen pula.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah meraih 15,200 perkongsian dan 24,000 tanda suka dalam masa 20 minit.

Terdahulu, kira-kira pukul 1.34 petang tadi, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Keputusan itu dibuat dengan kuasa Baginda yang diperunfukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO ONLINE!

POPULAR