fbpx

Kenderaan rasmi Istana Johor tiba di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan rasmi Istana Johor memasuki Istana Negara pukul 9.40 pagi hari ini.

KUALA LUMPUR – Kenderaan rasmi Istana Johor berangkat tiba di Istana Negara pada pukul 9.40 pagi tadi bagi menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja berhubung isu pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Kenderaan rasmi jenis Audi yang dipercayai membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu, memasuki Istana Negara melalui pintu utama istana.

Ketika ini, lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi berada di pekarangan pintu utama seawal pukul 8.30 pagi bagi membuat liputan keberangkatan tiba dan perbincangan Raja-Raja Melayu itu.

Difahamkan ia adalah bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri baharu selepas Pemilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI