fbpx
Kelihatan kenderaan rasmi EXCO Kerajaan Negeri Sembilan dari DAP masih bermesyuarat di Ibu Pejabat DAP Negeri berhubung kemelut politik di negeri ini. Foto NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Krisis Negeri Sembilan: DAP ‘minta’ media ke Kediaman Rasmi MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – DAP Negeri Sembilan yang pada mulanya dijadualkan akan memberikan sidang media di Ibu Pejabat DAP Negeri Sembilan di Kemayan Square, di sini, 2 petang tadi meminta pihak media ke Kediaman Rasmi Menteri Besar.

Sidang media yang turut dihadiri Ketua DAP Negeri, Anthony Loke Siew Fook merangkap Setiausaha Agung DAP pada awalnya dirancang di pejabat berkenaan, namun dijangka akan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun kira-kira 3 petang ini.

Bagaimanapun, sehingga pukul 2.25 petang kelihatan kenderaan rasmi EXCO Kerajaan Negeri dari DAP masih bermesyuarat di Ibu Pejabat DAP Negeri berhubung kemelut politik di negeri ini.

Pagi tadi, seramai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO daripada Barisan Nasional (BN) mengumumkan menarik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Aminuddin Harun berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan berkenaan dibuat secara sebulat suara susulan krisis berkaitan adat yang kini hangat diperdebatkan orang awam boleh menjejaskan pentadbiran negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN