fbpx

Puteri Balqis tolak ‘reviu’ produk besarkan aset wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIDAK sesuai dengan usia dan kondisi kesihatan membuatkan Puteri Balqis menapis jenis produk tertentu sebelum menerima tawaran melakukan ulasan berbayar.

PETALING JAYA – Pelakon remaja sensasi, Puteri Balqis mengakui terpaksa menolak untuk membuat ulasan berbayar produk-produk mencantikkan aset wanita seperti pembesaran payudara dan punggung.

Menurut pelakon berusia 15 tahun itu, produk-produk berkenaan sebenarnya tidak bersesuaian dengan usia dan tahap kesihatan mentalnya ketika ini.

Kata Balqis, dia wajib menapis jenis barangan yang mahu diuar-uarkan kepada bakal pelanggan disebabkan perlu mencuba dahulu produk berkenaan sebagai testimoni jujur.

Menerusi satu perkongsian dalam Instagram, pelakon Rampas Cintaku menyenaraikan jenis-jenis produk seperti rawatan pemutihan wajah, jamu, krim payu dara dan punggung serta makanan kesihatan.

Katanya, dalam keadaan kesihatan yang memerlukannya mengambil ubat anti kemurungan dan ubat tidur, dia harus berwaspada dalam pengambilan produk tertentu.

“Ubat anti kemurungan dan ubat tidur yang saya sedang ambil sekarang dosnya agak tinggi dan kuat.

“Pengurus saya kena pastikan produk reviu yang diambil adalah bersesuaian sebelum bersetuju melakukan reviu,” katanya menerusi InstaStory.

Malah ujar pemilik nama lengkap Puteri Balqis Azizi itu, dia berasakan produk memutihkan kulit tidak sesuai untuk diulas olehnya memandangkan dirinya kurang pengetahuan tentang produk tersebut.

“Saya tidak mahu menyampaikan maklumat yang salah. Ada juga minta saya promosi jamu dan krim payudara serta punggung tetapi saya tolak kerana tidak mahu timbulkan isu memandangkan saya bawah umur.

“Macam produk makanan kesihatan pula, ada yang saya cuba pertimbangkan tetapi timbul kesan negatif pada badan sampai muntah dan demam,” tulisnya lagi.

Berikutan itu, aktres yang memulakan kerjaya seni sejak umur dua tahun itu memohon maaf kepada pihak yang meminta khidmatnya dalam memberikan ulasan produk.

“Saya nak minta maaf jika ada antara reviu terpaksa ditolak kerana beberapa produk kurang sesuai untuk saya lakukan,” ujarnya.

Meninjau akaun Instagramnya yang mempunyai 175,000 pengikut, Balqis dilihat kerap membuat ulasan barangan yang digunakan sendiri seperti alat solek, pakaian, penjagaan rambut dan wajah.

Kebijaksanaannya membuat tapisan turut meraih pujian warganet yang rata-rata menyifatkan bintang muda itu tahu apa yang patut dilakukan sebelum menerima sebarang tawaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI