fbpx

Buruh dicekup bantu siasatan kes rogol kekasih usia 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MACHANG – Seorang buruh ditahan selepas dipercayai merogol kekasihnya yang merupakan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di sebuah rumah di Labok di sini minggu lalu.

Suspek yang berusia 23 tahun dicekup kira-kira pukul 7 malam kelmarin selepas mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di sini pada pukul 6.40 pagi hari yang sama.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd. Zahir Abdullah berkata, berdasarkan keterangan mangsa, suspek yang merupakan teman lelakinya mengambil kanak-kanak itu di rumah kira-kira pukul 12.30 malam pada Khamis lalu.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke rumah lelaki tersebut di Labok dan dipercayai dirogol di situ.

“Polis telah menahan suspek selepas menerima laporan mangsa. Siasatan mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau berkait kes persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii pada 2012 dan telah dihukum mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zahir, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI