fbpx

BTS 5 tahun berturut-turut menang AMA2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BTS

KUMPULAN BTS membuktikan pengaruh dan populariti dimiliki tidak pernah terhakis walau seinci meskipun karier seni mereka dihentikan buat seketika.

Buktinya, mereka sekali lagi memenangi American Music Awards 2022 (AMA2022) yang merupakan salah satu daripada tiga anugerah muzik terkenal di Amerika Syarikat (AS).

Tahun ini merupakan kali kelima berturut-turut BTS memenangi anugerah tersebut yang berlangsung pada 20 November lalu.

Kumpulan K-pop paling berpengaruh di dunia itu memenangi trofi bagi kategori Duo atau Kumpulan Pop Kegemaran Favorite mengatasi pesaing hebat yang lain iaitu Coldplay, Imagine Dragons, Maneskin dan One Republic.

Pada edisi 2018 ketika kali pertama tercalon dalam anugerah tersebut, BTS membawa pulang trofi kemenangan bagi kategori Artis Sosial Kegemaran.

Bagaimanapun, untuk edisi kali ini, BTS tidak dapat menghadirkan diri kerana Jungkook terlibat dengan persembahan pembukaan temasya Piala Dunia 2022 di Qatar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI