fbpx

Perundingan bentuk kerajaan tidak boleh libatkan Ahmad Zahid – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (kiri), Ahmad Zahid (kanan).

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan bahawa perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy Jamaluddin menerusi ciapannya di Twitter sebentar tadi memaklumkan, antara sebab jelas beliau berkata demikian adalah kerana Ahmad Zahid sudah tidak mempunyai keabsahan moral selaku Presiden UMNO.

“Perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan Ahmad Zahid.

“Beliau tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden UMNO dan mesti undur segera.

“He may be President in name (beliau mungkin Presiden parti), but he has no moral authority left to decide on behalf of UMNO (tetapi beliau tiada moral dan kuasa untuk menentukan segala keputusan untuk UMNO),” ciapnya.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin yang juga merupakan calon Barisan Nasional (BN) ketika bertanding di Parlimen Sungai Buloh tewas pada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R. Ramanan yang menang dengan majoriti 2,693 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI