fbpx

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN sedang berlangsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesyuarat Dewan Tertinggi BN sedang berlangsung seperti dikongsikan Facebook BN.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melibatkan barisan pimpinan utama kini sedang berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Menurut perkongsian menerusi Facebook BN, mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, Menara Dato Onn di sini menjadi tumpuan pagi ini kerana pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan BN dijangka mengadakan pertemuan.

Difahamkan pertemuan tersebut adalah bagi menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI